Saturday, December 31, 2011

bangau ohh bangau

bangau ohh bangau
Kenapa engkau kurus,
macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan Oh Ikan,
kenapa kau tak mahu timbul,
macamana aku nak timbul,
rumput panjang sangat .
Rumput Oh Rumput,
kenapa kau panjang sangat,
macamana aku nak timbul,
kerbau tak makan aku.
Kerbau Oh Kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macamana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut Oh Perut,
kenapa engkau sakit,
macamana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Nasi Oh Nasi,
kenapa engkau mentah,
macamana aku tak mentah,
kayu api basah.
Kayu Oh Kayu,
kenapa engkau basah,
macamana aku tak basah,
hujan timpa aku.
HUjan Oh Hujan,
kenapa kau timpa kayu,
macamana aku tak timpa,
katak pangil aku.
Katak Oh Katak,
kenapa kau pangil hujan,
macamana aku tak pangil,
ULAR nak makan aku.
----- ---

Simbolik dari lagu ini
Bangau = Agama
Ikan = Ilmu agama yakni Ilmu Allah
Rumput = Maksiat berleluasa
Kerbau = Ulamak Dunia
Perut = Sumber kepada penyakit
Nasi Mentah = Rezeki dari apa sahaja
walaupun sumbernya haram.
Kayu Api Basah = kemudahan yg ada tetapi
tidak membawa faedah
Hujan = Rahmat yg di sangka tetapi bala yg
diterima
Katak = seolah-olah melaungkan pada yg
tidak sudi
Ular = Kisah Ular yg menolong Iblis
memasuki syurga.

Jadi marilah sama-sama kita menghayati
lirik lagu ini yg telah di wariskan
kepada kita yg di akhir zaman ini agar
kita berfikir.

Wednesday, December 28, 2011

tahniah !

copy paste ayt dari PUAN MASNI (guru kelas)


Kejayaan PMR Jauhari (2009-2011) 

Tahniah untuk : 

Muhammad Nur Helmi dan Nurasyikin yang dapat 8A.
Nur Farahin dan Muhammad Nur Fadzli yang dapat 7A 1B.

Naja'a Aliah, Fatin Nur Ashikin, Asila, Siti Nor Hazira, Harith Adhwa, syafiq syazwan
 6A 2B.
Muhammad Zamri 5A 3B.
Maizatul Naziha 5A 2B 1C
Nur Farisha Azureen dan Muhd Imran 4A 4B
Nur Syaheerah dan Nurul fatin Nadia 4A 2B 2C

Nurul Izreen, Aimi Syahirah dan Muhammad Amirul Hakim 3A 5B
Nurhidayah, Mohd Afiq Fiqri, Nurul Amirah 3A 4B 1C

zul fikri 3A 3B 1C 1D

Bagi pelajar yang lain... tahniah juga saya ucapkan... Insya allah... akan ada lagi kejayaan selepas ini... Teruskan usaha, solat dan berdoa....

Selamat berjaya di Tingkatan 4 seterusnya SPM 2013.

Saya tumpang gembira dan bangga.

Salam sayang dari Ummi Masni untuk anak-anak Jauhari.

Sunday, December 25, 2011

peringatan kembali ~

assalamualaikum kalian semua ,
disini saya(izreen) ingin mengingatkan kembali kepada kalian pasal :

senarai buku tulis n altn belajar smkat thun 2012 (form 4) :
buku tlis garis satu - 9.00
buku penulisan - 24.00
amali sains - 6.00
exam pad - 5.20
smpul plastik - 4.00
buku lukisan - 3.00
buku graf - 2.50
buku rekod bcaan nilam - 4.00
beg PIBG - 3.50
beg PIBG - 3.50
modul penddkn Islam - 3.80
modul sains - 3.00
modul penddkn Islam - 1.40

jumlah = 72.90

daftar : 30/12/2011(jumaat)
masa : 8pg-12tghari
tmpt:ikut arahn semasa pendaftrn
pkaian:skola yg lengkap

tarikh pembelian buku tlis n altn
28 n 29 /12/2011 (rabu n khamis)

ohh kalian semua ,
sekolah dah nak dekat ,
dah ready nak hadapi cabaran baru ?
rakan baru ?
pakwe dan makwe baru ? (yang nie jgn lebih sgt) 
buku baru ?
guru baru ?
dunia baru ?
usaha yang baru ?
ohh tidakk , rase baru kejap je cuti ..
dah nak jumpe sekolah balik ..

ohh sedihnya ,
tahun depan kite semua mungkin dah x sekelas ,
x seriuh cm dulu ,
x susah senang cm dulu ,
kenangn yg xboleh saya lupe ,
mungkin smpai saya mati bersame 3jauhari ialah ,
time x siap keje skolah SEJARAH (maaf ye ckgu, xde niat pun)
semua mesti bercadg untuk sme-II x buat ,
kata org demi kawan .. 
xkesah lah kite sakit , asal kite kene sama-II , dende same-II ,
jadik buaya pun snggup ,
tapi bile ramai yang siap , yg xsiap msti meniru ..
yg dah siap bagi lahh tiru , KESIAN
kite semua kan liked SIBLING ,
susah same d'pikul , senang same d'jinjing ..
oohhh , miss this moment ! ):

lagi sedih ,
mungkin ada kalian yang bercadang nak berpindah ke sekolah lain ,
saya hanya mampu doakan kejayaan kalian ..
semoga berjaya d'sekolah baru .

akhir kata , assalamualaikum ,
don't  FORGET 3Jauhari2011
tak laku tak apa - asal tidak
murahan!
tak ada duit tak apa - asal jgn
tak ada maruah!
tak popular tak apa - asal tak
gila glamour!
tak kaya tak apa - asal tidak
miskin akhlak & iman!
tak mewah tak apa - asal
sederhana tanpa duit haram!
tak cantik menawan tak apa
- asal teguh peribadi menutup
aurat!
tak dipandang mulia tak apa -
asal Allah beri rahmat dan
redha!
tak 'hot stuff' tak apa - asal
akhlak sentiasa tejaga rapi!


Saturday, November 12, 2011

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……



Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….


Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Tuesday, November 8, 2011

raja yang sombong dan budak yang bijak !

jom kite bace entri nie .. lawak dan ada pengajaran nya ..


amek dari adik google (hehe jgn mara ~)




Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,
“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?” Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

“Cubalah kalau boleh”.Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. Raja berasa pelik lalu bertanya!”Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?” Dengan selambanya budak tu jawab, “Nak kena jentik lagi…??”



##kesimpulannya ::. jgn fikir kite je bagus , mungkin ada org lain yg lbih bgus dri kite .


post by : misz izreen_e'en
princess whatever
c-gemokk

Wednesday, October 12, 2011

Kami Merdeka Akhirnya :D

Assalamualaikummmm . dan salam sejahterah :)

Saya Siti Zulaikha ... Dan Kali Ini Saya Pula Yang Update HAHAHA ... Saya Berkuasa ! HAHAHAH..

Nengok Ni .... Sebelum Saya Menceritakan Bagi Pihak Kelas 3jauhari

Kami Nak..........


Senyum Sampai Ketelinga ..Sori Dalam Gmbar Tuh Tak de Telinga TETAPI !
Anggap Lha BULAT KUNING tuh Ade Telinge oke :))

Okea ... Straight To The Point ..

Kami baru Sahaja Berperang .. Dengan EXAM PMR ! HAHAHA

Baru 2 Hari Lepas Kami HabisKan 8 PAPER ~ walahhh .. Seronok2 ~ hahha

Kami Harap Mendapat Keputusan Yang Terbaik 

Dan Buat Bonda2 Dan Ayahanda Dirumah Serta Disekolah Bangga Dengan Kami InsyaAllah

Doakan Kami :))


Sampai Sini Sahaja Yang Dapat Saya Ceritakan ~ Mlas Dah Nak Cerita Lebih2 Ngeriii ! haha ~

Apa2 Pon ! Wish We Luck !

ngeh3 ~



p/s :MERDEKAAAA!! MERDEKAAAAAA!! MERDEKA!!!! 

Saturday, October 1, 2011

Wednesday, September 28, 2011

7 hari lagi ..

salam pembuka bicara ..

hehehe slama nyh zulaikah yang tulis kan .. kali nyh saya pulaa .. (izreen e'en blog saya " )
nak thu x apa yang 7 hari lagi tuh .. k saya nak bagi tahu lah nyh .. bleh sabar x .. kan sabar tuh separuh dari iman .. bukan iman nama orang ok .. haha ... wat lawak kejap .. 7 hari yang saya maksud kan tu adalah PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH (PMR) .. wahh .. yang ni yang sebenar tau .. bayang kan lah tinggal 7 hari je .. itu x tolak cuti sekolah .. wah mcm x percaya jek .. tapi saya tegok kelas saya nyh cool jek .. termasuk lah saya dan zulaikah sendiri .. kite orang mcm xde perasaan tkot ke ap .. wah .. well .. kelas kite org nyh mmg GILA COOL N SPORTING .. also " HAPPY GO LUCKY ". tapi kan bila fikir2 balik .. susah betul ckgu2 ajar kite orang nie .. macam nak gile saya tengok cikgu tukus lumus .. tapi kite orang mcm yang saya cakap tadi lah .. haha kelas2 lain tu jangan lah cemburu ye dengan kelas kite org .. hubungan kami memang boleh diibarat kan macam adik beradik ..  huhu .. itu lah kite orang .. btw , sesiapa yang bace blog nyh ... kami dari kelas 3jauhari2011 .. ingin memohon ampun dan maaf jika kami ad salah dan silap kepada pembaca2 kami .. guru2 .. kawan2 lain ,, adik beradik .. n x lupe juga .. ibu bapa kami .. n umi angkt kami AKA guru kelas kami , kami mintak maaf .. kami tahu kami banyak buat salah kat umi .. kami mintak maaf ye umi .. doakan kejayaan kami .. doakan kami mendapat 8A seperti yang umi dan ckgu2 lain inginkan .. amin ..

marilah kita bersama2 membacakan doa untuk kami batch 96'


ikhlas dari saya :
budax bucuk !
si gemokk ,
izreen e'en

Friday, August 26, 2011

selamat hari raya :DD

assalamualaikum..

hari ni nak update entry kali ni tentang HARI RAYA yang akan berkumandang tak lame lagi

tinggal beberape hari je lagi ..:DD

kami dari kelas 3 jauhari mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada guru kelas kami

PUAN MASNI .... dan guru-guru yang lain..

cikgu jangan lupe duit raya kami :DD hehe

insya Allah cikgu kami akan memperbaiki kelemahan kami dalam pelajaran ...

doakan kami cikgu !

selamat hari raya semua

p/s: maaf zahir dan batin

Monday, August 22, 2011

minggu peperiksaan :)

hellow ~ assalamualaikum.. hi korang ..

hihi sori sebab baru nak update sebab buzy kot :) hehe

by the way .. minggu lepas percubaan PMR ... kelas kami mungkin dah buat yang terbaik tapi keputusan nya .. amat menyakitkan hati guru-2 kami :'(

maafkan kami cikgu ...

maafkan kami :'(

p/s: keputusanyang teruk kot

Friday, July 22, 2011

untitle

assalamualaikum ..

penulis mahu menaip ~ hehe ..

hari ni .. hari last minggu ni exam ~ !

so budak-2 kelas 3 jauhari(kelaskiteorang) dan kelas 3KAA ...

so bebas lah kite orang .. ~ hehe .. esok beberape org kelas kiteorng adepergi kat sekolah sains .. SMS ..

ade.. bengkel math fasa 2 ~.. and esok takde kelass tuisyen ~ ..

relaks lah kali niy ! hehe ppew pade deorng selamat belajar ! ukea ! .. hehe ..uke lha .. ini saje yang dapat admin shared ~ nati .. share-2 lagi huhu ukea !..

p/s : tengss for readers !

Monday, July 18, 2011

today exam

assalamualaikum... dan salam sejahtera ..

admin nak ber"update" cewaah~ hehe...

hari ni kelas 3 jauhari  ada ujian khas bagi kelas kiteorang dan kelas 3AA ..

kiteorang ambik exam dekat bilik seminar ....

tapi yang pelik nye cikgu-2 tak suke kiteorang ambik exam kat situ ... tapi kalau dha tak suke knpe suruh ambik exam kat situ kan !

hurmm tapi ape kan daye hurmm kite orng kne ambik exam kat dalm kelas ..  guru kelas kiteorng ..ckp .. tape class kite kan cntik ... :)

tapi hakikatnye cikgu masni mesti kecik hati dengan cikgu lain kan .. tapi hurmm bia  lhaaa deaa~ kan :)

ukea lha sampai sini saje yang dapat dicerite kan esok ade lagi :)

p/s : keep in touch !